Pages

Sunday 6 April 2014

 

Salam sayang dan rindu,sudah lama saya tidak update blog ni, terlalu sibuk selama ini hingga lupa nak jenguk2 kat sini. Wahhh... tidak terasa sudah setahun berlalu saya menyambung pelajaran dekat sini, banyak kenangan.



Wednesday 7 November 2012

Alam itu Bagaikan Mengerti

Disini dapat kulihat bayangmu..atas bukit ini dapat ku mencari bayanganmu walaupun yang lain tidak tahu..alam sekeliling itu bagaikan mengerti isi hatiku ketika ku berdiri atas bukit itu dan merenung jauh ke arah seberang..segala-galanya ada di situ..Ada ketikanya aku ingin menangis saat mengingatkan semua itu.Adakah itu semua salah diriku ini???Andai dia tahu ketika itu apa yang terjadi pasti tidak akan menjadikan hubungan yang baik itu bertukar menjadi kacau.Ingin ku meluahkan dan memberitahu dia segala yang tersimpan dalam hatiku ini apa yang menyebabkan ku tidak dapat menerima..tapi...aku pasti dia tidak akan menerima alasan-alasan yang ku katakan ini.Ini bukan alasan,tapi itulah kenyataan..kau dan aku dah tahu bahawa halangan yang kita tempuhi ini bukan untuk sehari dua tapi dilalui selama-lamanya sekiranya kita berdua tidak memikirkan ke depan..hanya kerana satu perkara menyebabkan kita tidak dapat bersama,hanya meninggalkan kesan kasih sayang yang belum subur sepenuhnya.Atas bukit itulah menjadi saksi tempat aku sering meluahkan segala keresahan,kegelisahan,kesedihan,kegembiraan yang sering aku kongsikan kepada alam semesta dan sahabat karibku,Winnie..Tapi kini tinggalku sendiri apabila Winnie telah mempunyai kehidupan sendiri bersama orang yang dia sayang..Maka hanya alam semesta sahaja yang menjadi saksi dan  bagaikan mengerti segala masalah-masalah yang ku hadapi.angin petang menyapa lembut di situ aku dapat rasakan yang dia ada dekat denganku.Aku merasakan dia seperti tahu bahawa aku sedang merinduinya..1001 cerita dan kenangan antara kita...masih segar dalam ingatan ku walaupun tahun bertukar tahun..tidak terasa kan dah 2 tahun lebih kita lalui segala ini..namum wajahmu sentiasa tersemat dalam hatiku..mungkin di mulutku sahaja mengatakan aku tidak mampu terimanya,tetapi hati ku tidak dapat menipu segalanya..anak mata apabila sering bertembung membuatkan aku rasa resah...tetapi aku suka dengan keadaan itu..kenapa???adakah itu dikatakan cinta sebenarnya???Andai itu cinta sebenar kenapa tidak ku terimanya dengan gembira?Bukan ku tidak gembira tapi ada sebab mengapa aku terpaksa berbuat begitu..walaupun hubungan cinta antara aku dan dia hanya untuk 2tahun macam tu tapi dah cukup membuatkan aku terhibur bersamanya.Dan dia telah membuatkan hubungan ini bergantung..sampai bila kita harus macam ini?kata putus tidak diucapkan..selama 1 tahun aku tidak mendengar khabar tentangnya,tiba-tiba wujud semula di depanku dan ingin membawaku bersama kembali menjalin hubungan.Tapi aku tidak memberikan jawapan kepada permintaanmu itu..aku nak memberikan dendaan perasaan kepada dia dahulu..macam mana rasanya hati kau apabila kau mengabaikan aku dahulu?hati siapa yang tidak sakit?kadang-kadang aku rasa mahu menangis apabila mendengar cerita yang tidak masuk akal mengenai dirimu.Aku telah berusaha untuk mempercayai engakau tetapi engkau telah sengaja memusnahkan kepercayaan itu.Didepan ku dia berkata macam-macam,seribu macam manis ayat membuat hatiku berdebar..tapi bila jauh sifatmu lain sungguh..jangan ingat aku tidak ambil tahu mengenaimu selama ini.berdiam saya selama ini tidak bermakna saya tidak ambil peduli mengenai engkau..tapi sengaja saya nak tengok sejauh mana kesungguhanmu terhadapku..walaupun kamu dah berulang kali membuat perkara yang menyakitkan hatiku,tapi kenapa aku masih juga menerimamu,memang benanrlah love is blind...andai engkau boleh berubah kan bagus..tapi siapalah saya nak mengubah awak kan..hurmm...meskipun begitu kau tetap dalam hatiku.sukar untuk ku mencari ganti tempatmu...kerana ku rasa yang engkau masih menunggu ku.

Penatai Nuan

Diatu maya aku kediri

Nuan datai ngudang 

Muka pintu atiku


Penatai nuan dalam idupku

Meri penerang ngagai aku

Baka lagu bisi merindang

Ati sunyi seilu-ilu


Begulai enggau nuan atiku nadai irau

Lenyau semua pengirau di atiku ti seruan ngeregau

Di atiku mina nuan enggau aku

Padam kisah lalu

Ngepun ka pengidup baru.

Tuesday 25 September 2012

Persoalan Dalam Hatiku

Di sini aku masih sendiri,merenung pada hari yang sunyi.Aku masih sendiri tanpa ada yang menemani.Ku berjalan mencari arah rindu yang menderu.Ikhlaskah hatiku ini dengan apa yang telah berlaku?Ah...aku masih belum bersedia menghadapi keadaan yang mencemaskan bagiku.Kenapa yang lain mudah mengatakan itu cinta?Kenapa aku tidak mudah mengungkapkan kata-kata itu meskipun tersemat dalam hatiku?Kenapa orang lain mudah meluahkan rasa rindu?Kenapa aku sukar mengaku sayang?Atau aku masih belum sedia menerima?Semuanya penuh dengan pertanyaan!

17/10/2011-KENANGAN LALU

Tidak ku pinta,
Tidak ku mimpikan hadirnya dirimu,
Dirimu hadir dissat ku tidak ingin kenal,
Dirimu tanpa sedar telah mengisi ruang hati ini,
Ku sedar bahawa dirimu bukan sekadar biasa dihatiku,
Namun dirimu amat luar biasa untuk ku kenal,
Untuk ku rindui...
Tapi sayang,di saatku ingin memahami rentak hatimu kau pergi menjarakkan jurang 
yang dalam antara kita...
Munngkin tanpa kau sedari kau telah melukan hati kecil ku ini...
Ku pasrah andai dirimu bukanlah milikku..
Tapi...harus kau tahu bahawa hatiku masih tertulis namamu...
Setelah apa yang berlaku,ku cuba membuang segala memori tentang kamu.Disaat ku hampir berjaya melenyapkan wajahmu dan kenangan lal,perkara yang tidak ku jangka berlaku.
Ku sangkakan kita tidak akan bertemu kembali lagi setelah apa yang berlaku antara kita dulu..
Namun hari itu kita bertemu kembali tanpa sengaja setelah sekian lama masing-masing menyepi tanpa pesanan.
Duhai hati..dapatkah tenang hati ini ketika itu?Tidakah dia tahu betapa hatiku haru apabila memandangnya...

Saturday 15 September 2012

Perkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.
Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.


Friday 7 September 2012

Kehadiranmu- AC=CA

Bukan Ku Pinta

Bukan Ku Ingin

Tak Sengaja Mengenalmu

Kita Kenal Saat Sepi Lara


Kehadiranmu Memancar Sinar Terang

Membina Harapan Baru Dalam Hidup Ini

Ketegasan Peribadimu Menggoncang Sanubariku


Kesungguhan Antara Kita 

Mengikat Satu Ikatan Suci

Antara Kau dan Aku


Jalan Liku Yang Kau dan Aku Lalui Dulu

Kini Tiada Lagi

Jalan Liku Yang Takut Kita Lalui

Kita Mampu Tempuhi


Dikala Angin Petang Menderu

Hatiku Menyeru Namamu

Meskipun Kau Dan Aku Jauh

Namun Tiada Keraguan Antara Kita


Wahai Angin Petang

Bawalah Rinduku Pada Si Dia

Angin...sapalah dia

Hembuskan Wahai Angin Salam Rinduku Pada Si Dia

Di Sini Aku Menanti.....



''AC'