Pages

Tuesday 25 September 2012

Persoalan Dalam Hatiku

Di sini aku masih sendiri,merenung pada hari yang sunyi.Aku masih sendiri tanpa ada yang menemani.Ku berjalan mencari arah rindu yang menderu.Ikhlaskah hatiku ini dengan apa yang telah berlaku?Ah...aku masih belum bersedia menghadapi keadaan yang mencemaskan bagiku.Kenapa yang lain mudah mengatakan itu cinta?Kenapa aku tidak mudah mengungkapkan kata-kata itu meskipun tersemat dalam hatiku?Kenapa orang lain mudah meluahkan rasa rindu?Kenapa aku sukar mengaku sayang?Atau aku masih belum sedia menerima?Semuanya penuh dengan pertanyaan!

17/10/2011-KENANGAN LALU

Tidak ku pinta,
Tidak ku mimpikan hadirnya dirimu,
Dirimu hadir dissat ku tidak ingin kenal,
Dirimu tanpa sedar telah mengisi ruang hati ini,
Ku sedar bahawa dirimu bukan sekadar biasa dihatiku,
Namun dirimu amat luar biasa untuk ku kenal,
Untuk ku rindui...
Tapi sayang,di saatku ingin memahami rentak hatimu kau pergi menjarakkan jurang 
yang dalam antara kita...
Munngkin tanpa kau sedari kau telah melukan hati kecil ku ini...
Ku pasrah andai dirimu bukanlah milikku..
Tapi...harus kau tahu bahawa hatiku masih tertulis namamu...
Setelah apa yang berlaku,ku cuba membuang segala memori tentang kamu.Disaat ku hampir berjaya melenyapkan wajahmu dan kenangan lal,perkara yang tidak ku jangka berlaku.
Ku sangkakan kita tidak akan bertemu kembali lagi setelah apa yang berlaku antara kita dulu..
Namun hari itu kita bertemu kembali tanpa sengaja setelah sekian lama masing-masing menyepi tanpa pesanan.
Duhai hati..dapatkah tenang hati ini ketika itu?Tidakah dia tahu betapa hatiku haru apabila memandangnya...

Saturday 15 September 2012

Perkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.
Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.


Friday 7 September 2012

Kehadiranmu- AC=CA

Bukan Ku Pinta

Bukan Ku Ingin

Tak Sengaja Mengenalmu

Kita Kenal Saat Sepi Lara


Kehadiranmu Memancar Sinar Terang

Membina Harapan Baru Dalam Hidup Ini

Ketegasan Peribadimu Menggoncang Sanubariku


Kesungguhan Antara Kita 

Mengikat Satu Ikatan Suci

Antara Kau dan Aku


Jalan Liku Yang Kau dan Aku Lalui Dulu

Kini Tiada Lagi

Jalan Liku Yang Takut Kita Lalui

Kita Mampu Tempuhi


Dikala Angin Petang Menderu

Hatiku Menyeru Namamu

Meskipun Kau Dan Aku Jauh

Namun Tiada Keraguan Antara Kita


Wahai Angin Petang

Bawalah Rinduku Pada Si Dia

Angin...sapalah dia

Hembuskan Wahai Angin Salam Rinduku Pada Si Dia

Di Sini Aku Menanti.....



''AC'

Wednesday 5 September 2012

Tentang Kita

Sesungguhnya kita sebagai manusia ini memang tidak dapat lari dari perasaan kasih dan sayang.Begitu juga aku.Kadang-kala kita keliru dengan perasaan kasih dan  sayang yang wujud dalam hati kita ini.Adakah rasa kasih dan sayang itu membawa erti yang dalam pada diri seseorang itu???Ya! Bagi diri aku ini adalah ya..kenapa???Perasaan kasih dan sayang yang aku alami amat luar biasa bagiku.Kadang-kala kita tidak menyedari bila wujudnya perasaan itu pada seseorang walaupun orang itu kita tidak kenal rapat...Kehidupan ku mula ada sedikit perubahan setelah aku mengenal dia dalam hidup ini.

Kisah aku dan dia nampak macam biasa-biasa sahaja...tapi bermakna sangat bagiku.walaupun orang lain tidak mengetahu perkara sebenar yang berlaku antara kami.Memang benar kata orang CINTA ITU BUTA...cinta itu tidak mengenal usia,cinta itu tidak mengenal rupa.Walaupun sukar untuk ku mengatakan segalanya..tetapi dari luaran ku dapat tahu...Dia pun tahu....